mcmc
Maklumat Pi1M

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

selamat datang


selamat datang

Pusat Sebaran Maklumat Nasional [NADI] Taman Rakyat Jaya Dungun, Terengganu mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung yang sudi menjadikan Laman Web kami sebagai titik permulaan dalam merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar.

Dengan adanya laman web http://tmnrakyatjaya.pjk.com.my ini diharap masyarakat akan terdedah segala maklumat dalam merentas teknologi ICT. Projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional [NADI]  ini merupakan satu inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Berhad (TM) dan MSD Intelligence Sdn. Bhd.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional [NADI]

  • Membantu masyarakat luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi di samping berpeluang menikmati faedah melayari internet seperti yang di rasai oleh masyarakat bandar sekaligus merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dengan bandar.

Melalui di Pusat Sebaran Maklumat Nasional [NADI] Taman Rakyat Jaya pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun dan terbuka kepada  semua golongan sasaran adalah  seperti :-

  • Pelajar Sekolah Rendan dan Menengah
  • Belia
  • Dewasa
  • Wanita
  • Warga Emas
  • Petani
  • Usahawan 
  • Pengusaha Kecil dan Sederhana
  • Suri Rumah
  • Aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional [NADI] Taman Rakyat Jaya Dungun adalah untuk membantu golongan sasaran yang memerlukan tunjuk ajar dalam menambahbaikan dari segi pelajaran bagi pelajar yang memerlukan atau mendapatkan tunjuk ajar untuk bagi mempromosi barangan yang di niagakan.

Antara aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional [NADI] Taman Rakyat Jaya Dungun :-

  • Kelas Latihan ICT
  • Pengumpulan dan Penyebaran Maklumat
  • Membangunkan Laman Web Komuniti dan Keluarga
  • Membangunkan Kandungan Tempatan
  • Aplikasi Elektronik
  • Sistem Penyampaian Komuniti 
  • Khidmat Nasihat ICT

Kami berharap dengan adanya Khidmat Kami di Pusat Sebaran Maklumat Nasional [NADI] Taman Rakyat Jaya Dungun dapat membantu golongan yang memerlukan.