Program I-Health bersama Komuniti telah berlangsung pada 20 Ogos 2015 yang lalu mendapat sambutan yang memberansangkan. Program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan aplikasi My-Health dan meningkatkan kesedaran kesihatan terhadap komuniti. Program ini telah berlangsung selama satu hari bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 4.00 petang.
Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari program adalah:-
- Pendaftaran Ahli Baru Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya
- Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma oleh Hospital Dungun (Darah Tinggi dan Kencing Manis)
- Pemeriksaan Pap Smear oleh Klinik Kesihatan Alur Tembesu
- Pertandingan Mewarna Tabika Kemas (Taman Rakyat Jaya dan Kampung Gong Pasir 2)
- Pertandingan Mewarna IbuBapa
- Pameran dari agensi Perpustakaan Desa Kg. Balai Besar Dungun / Qaseh Gold / Produk Hai-O
Selain itu, terdapat juga penerangan kesihatan tentang Kanser Servik yang telah disampaikan oleh Dr. Tan Kui Foung wakil daripada Klinik Kesihatan Alur Tembesu. Majlis telah dirasmikan oleh J3K Taman Rakyat Jaya En. Mustafa Bin Pakir Mohamad. Terima Kasih diucapkan kepada semua para hadirin yang sudi hadir bagi memeriahkan Program I-Health bersama komuniti.
Gambar pada hari program berlansung :-